BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 22, 2009

Tazkirah-peringatan bersama..sambungan




Harus diingat Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan seorang anak yatim.BAginda pernah bersabda,antara maksudnya;"Barangsiapa yang berbuat baik kepada anak yatim,diakhirat kelak,jarak antara mereka denganKu(yakni Nabi Muhammad s.a.w) adalah seperti 2 jari sahaja".Bayangkanlah..betapa pentingnya untuk kita menjaga dan memuliakan anak yatim..
5) Sentiasa berbuat baik dengan orang-orang miskin.
6) Sentiasa bercakap dengan perkataan-perkataan yang baik sesama manusia.Kita selalu memandang remeh perkara ini,sedangkan ianya telah diperingatkan di dalam Al-Quran sejelas-jelasnya.Semoga kita sentiasa ingat.
7)Sembahyang dan zakat.
Kalau perkara-perkara di atas tidak kita laksanakan dan ingkar,bermakna kita telah melanggar perjanjian kita dengan Allah,sama seperti Kaum Bani Israel yang pernah melanggarinya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.Kita begitu membenci Kaum Yahudi,tetapi mengapa kita tidak membenci perangai kaum Yahudi ini.Kalau kita turut ingkar sama seperti mereka,apakah beza antara kita yang mengaku seorang Islam dengan mereka.Marilah sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar.Semoga Allah sentiasa meberikan kekuatan dan peringatan kepada diri ini dan kita semua supaya enjadi muslim dan muslimah yang lebih baik hari demi hari...Insyaallah.

Tuesday, July 21, 2009

Tazkirah-peringatan bersama..


Tazkirah ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan untuk dikongsi untuk semua.Semoga kita menjadi muslim/muslimat yang lebih baik.Biarlah hari ini lebih baik daripada semalam.Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah untuk diri ini dan kita semua.Amin..

Surah Al-Baqarah,Ayat 83,Maksudnya;

Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel(dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin;dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat".Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Huraian ayat:(seperti yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muttalib)
Kesalahan besar kaum Bani Israel adalah apabila Ahli-Ahli Kitab dari kalangan mereka meminda kandungan Kitab Taurat.Kejahatan bangsa Yahudi yang kita lihat sekarang dan yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah sama.Di dalam ayat ini Allah s.w.t telah menceritakan tentang perjanjian Allah dengan kaum Bani Israel yang terkandung di dalam KitabTaurat.Tetapi,mereka telah melanggar perjanjian tersebut.Isi kandungan perjanjian ini juga adalah sebagai peringatan untuk dipatuhi oleh umat Islam,umat Nabi Muhammad s.a.w,yakni kita semua.Peringatan-peringatan tersebut mengikut turutan seperti berikut:-

1) Jangan menyengutukan Allah s.w.t yakni jangan menyembah selain daripada Allah s.w.t.Kalau menyembah selain daripada Allah adalah syirik.dan ingatlah kalau kita mati dalam syirik,Allah tidak akan ampunkan.
2) Buat baik kepada ibu-bapa.Kalau ibu-bapa kita redha kepada kita,maka Allah s.w.t juga redha kepada kita.Ingatlah satu2nya parut yang tidak hilang daripda tubuh badan kita adalah 'pusat',sebagai tanda suatu masa dahulu kita pernah bercantum dengan perut ibu kita melalui tali pusat.Sebagai peringatan kepada kita dari mana asalnya kita dilahirkan di muka bumi Allah yang makmur ini.
3)Sentiasa menjaga hubungan baik antara adik beradik.Saling bantu-membantu ketika dalam kesusahan.Jangan sekali-kali memutuskan silatulrahim antara adik-beradik.Ingatlah tak masuk syurga kalau bergaduh adik- beradik.
4) Sentiasa berbuat baik kepada anak yatim.Istilah anak yatim menurut Islam adalah anak yang kematian ayahnya ketika masih belum baligh lagi.Sangat besar pahala kepada sesiapa yang sentiasa berbuat baik kepada anak yatim.Janganlah sekali-kali kita menyakiti anak-anak yatim ,dan jangan sekali-kali memakan harta anak yatim.Kita perlu ambil perhatian tentang ini,kerana kadangkala kita terlupa ataupun tak sedar telah memakan harta hak anak yatim.Mintak dijauhkan..
akan bersambung..

Monday, June 30, 2008

Fitrah


June 30.

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

My Heart

June 30.
Kita harus memahami bahawa dunia adalah ladang semaian,hasil ladang itu membawa kepada suatu ganjaran di akhirat kelak.